Aura Fulham bukan biasa-biasa

Carvalho menjaringkan gol Fulham ketika menewaskan Birmingham City di Craven Cottage.
Carvalho menjaringkan gol Fulham ketika menewaskan Birmingham City di Craven Cottage.
A
A
A

FULHAM menjadi kelab Inggeris pertama yang menjaringkan enam gol atau lebih dalam tiga perlawanan berturut-turut ketika The Cottagers membelasah Birmingham City 6-2 pada Selasa.

Aksi di Craven Cottage itu menyaksikan Fabio Carvalho menjaringkan dua gol untuk pendahulu Liga Kejuaraan mendahului 4-1 pada separuh masa pertama manakala Neeskens Kebano, Tom Cairney dan Antonee Robinson turut menjaringkan gol.

Terdahulu gawang Birmingham mula bolos hasil jaringan sendiri pemain pelawat Mark Roberts pada minit ke-10.

Kemenangan ke-16 liga itu menyaksikan skuad kendalian Marco Silva tersebut mengumpul 54 mata selepas mengharungi 26 perlawanan.

Fulham sebelum itu menewaskan Bristol City 6-2 di Craven Cottage pada Sabtu selepas membelasah Reading 7-0 di Select Car Leasing.

Untuk rekod, kelab Inggeris terakhir yang mencipta kejayaan itu ialah Chester City pada musim 1933/34.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!