Komuniti Islam tetap sayang New Zealand

Penduduk setempat meletakkan kalungan bunga memperingati mangsa serangan masjid di Christchurh semalam yang meragut 49 nyawa. - Foto AFP
Penduduk setempat meletakkan kalungan bunga memperingati mangsa serangan masjid di Christchurh semalam yang meragut 49 nyawa. - Foto AFP
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Insiden serangan keganasan di dua masjid di sini tidak menjejaskan rasa sayang komuniti Islam terhadap New Zealand.

Imam Masjid Linwood, Ibrahim Abdul Halim yang ketika kejadian sedang mengimamkan solat berkata, tindakan pengganas tersebut tidak menjejaskan keyakinan mereka terhadap tahap keselamatan negara ini.

"Kami masih sayangkan negara ini," katanya.

Menurutnya, masyarakat Islam di New Zealand masih menganggap negara ini seperti tanah air sendiri.

"Anak-anak saya tinggal di sini dan mereka gembira," katanya.

Malah, Ibrahim berkata, majoriti rakyat New Zealand juga memberi sokongan dan bersolidariti bersama mereka

“Mereka memberi pelukan penuh mesra sebagai tanda sokongan. Ini adalah sesuatu yang penting,”

Menceritakan semula kejadian, Ibrahim berkata, mereka terdengar bunyi tembakan di masjid sehingga suasana tenang bertukar dengan jeritan.

Artikel Berkaitan:

"Semua orang terbaring di lantai dan ada beberapa wanita mula menangis, ada yang sudah meninggal dunia," katanya.- AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!