Terbuka Australia: Cornet hantar naib juara 2020 pulang awal
BEKAS juara Wimbledon, Garbine Muguruza tersingkir daripada Terbuka Australia apabila tunduk mengejut di pusingan kedua 6-3, 6-3 kepada pemain Perancis, Alize Cornet.
Tampil bertenaga Cornet hanya memberi ruang terhad kepada pemain nombor tiga Sepanyol itu yang juga naib juara Terbuka Australia 2020 bernafas untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya menentang sama ada Heather Watson atau Tamara Zidansek.
“Saya berasa luar biasa apabila bermain perlawanan yang hebat hari ini.
"Sejujurnya, fikiran saya tenang dan sempurna, membolehkan saya fokus pada apa yang perlu saya lakukan dalam perlawanan ini.
"Saya berasa seperti dalam gelembung dan anda sentiasa perlu bermain pada tahap terbaik untuk menewaskan Garbine kerana dia seorang pejuang," kata Cornet.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!