1km Sungai Kim Kim sudah dibersihkan

Bee Yin (dua, kiri) ketika hadir di pusat rawatan awal Stadium Tertutup Pasir Gudang.
Bee Yin (dua, kiri) ketika hadir di pusat rawatan awal Stadium Tertutup Pasir Gudang.
A
A
A

PASIR GUDANG - Sepanjang satu kilometer Sungai Kim Kim yang dicemari bahan toksik sehingga menyebabkan pencemaran udara berlaku di daerah ini telah berjaya dibersihkan sehingga malam tadi.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kerja-kerja pembersihan sungai yang dilakukan 24 jam sehari berjalan lebih pantas daripada yang dijadualkan.

Menurutnya, kerja pembersihan dilakukan kontraktor yang dilantik kerajaan negeri itu kini berbaki 500 meter yang mana perlu

dibersihkan dalam masa dua hari lagi.

"Sehingga tengah malam tadi, kerja-kerja membersihkan Sungai Kim Kim sudah menjangkau satu kilometer.

"Bahagian sungai paling tercemar yang dikenal pasti sejak awal juga sudah dibersihkan dan dijangka dalam masa dua hari ini kerja pembersihan dapat diselesaikan sepenuhnya jika cuaca berada dalam keadaan baik " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), hari ini

Dalam pada itu, Bee Yin berkata, hasil lawatannya ke pusat rawatan awal itu mendapati jumlah pesakit yang hadir bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan semakin berkurangan berbanding semalam dan hari sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagian paling tercemar berjaya dibersihkan

Terdahulu, semalam media melaporkan kawasan seluas 680 meter daripada 1.5 kilometer kawasan tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan sehingga jam 4 petang.

Kerja pembersihan berkenaan dilakukan 24 jam oleh tiga kontraktor dilantik melibatkan 90 pekerja bermula Rabu lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!