Tiga wakil parti pembangkang jumpa PM

Perjumpaan antara wakil pembangkang dan Ismail Sabri di Parlimen pada Khamis.
Perjumpaan antara wakil pembangkang dan Ismail Sabri di Parlimen pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga wakil parti pembangkang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen, pada Khamis.

Pertemuan selama satu jam itu melibatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bagi membincangkan mengenai beberapa perkara.

"Saya bersama saudara Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen. Kami bangkitkan soal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentang dalam sesi Parlimen akan datang.

"Turut dibincang perihal rasuah yang semakin menggila serta langkah pasca banjir yang dihadapi sebelum ini," kata Anwar dalam satu hantaran dilaman Facebook miliknya, pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!