Arab Saudi batal konsert K-pop
RIYADH - Konsert K-pop yang menampilkan kumpulan Stray Kids dan penyanyi Chungha di ibu kota Arab Saudi, Riyadh dibatalkan secara rasmi.
Penganjur dalam satu kenyataan menjelaskan, wang pembelian tiket bagi menyaksikan konsert tersebut akan dikembalikan kepada peminat.
Angin kencang dan hujan lebat di Riyadh pada Jumaat lalu menyebabkan banyak acara dalam jadual Riyadh Season tergendala.
Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Hiburan Am dan Pengerusi Riyadh Season, Turki Al-Sheikh memaklumkan keadaan cuaca memaksa banyak acara terpaksa ditangguhkan termasuk konsert K-pop dari Korea Selatan.
Konsert membabitkan Stray Kids dan Chungha sepatutnya bermula pada jam 7.30 malam (waktu tempatan). - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!