Indonesia mahu kukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan ASEAN

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

JAKARTA - Indonesia perlu kukuhkan kerjasama dalam sektor pertahanan dan keselamatan dengan negara-negara ASEAN agar wujud sikap saling mempercayai di tengah-tengah persaingan kuasa besar di Indo-Pasifik, kata Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Beliau berkata, kerjasama itu sekali gus dapat membina keupayaan pertahanan, meningkatkan profesionalisme anggota tentera negaranya serta memperkukuh industri pertahanan dan menyokong dasar diplomasi luar negeri.

"Ancaman militer diperkirakan akan berpotensi muncul dan membahayakan kedaulatan negara, keutuhan wilayah negara, dan keselamatan segenap bangsa,” kata bekas komander pasukan khas sebagaimana dilaporkan portal media pada Khamis.

Bercakap semasa mempengerusikan mesyuarat tahunan pimpinan kementeriannya di sini, Prabowo berkata, ancaman itu boleh berlaku melalui pasukan tentera asing, perang konvensional, konflik terbuka, pelanggaran kawasan sempadan, penyusupan dan pengintipan perisikan.

Ancaman lain termasuk angkatan bersenjata dari dalam negara sendiri dan gerakan pemisah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!