Lelaki lari daripada polis rupanya bawa dadah

Polis menemui peralatan disyaki diguna untuk menghisap dadah pada seorang pemandu lelaki yang ditahan. Seorang pemandu lelaki yang cuba meloloskan diri daripada polis berjaya ditahan di KM44.2 Kesas, Subang Jaya pada Rabu.
Polis menemui peralatan disyaki diguna untuk menghisap dadah pada seorang pemandu lelaki yang ditahan. Seorang pemandu lelaki yang cuba meloloskan diri daripada polis berjaya ditahan di KM44.2 Kesas, Subang Jaya pada Rabu.
A
A
A

SUBANG JAYA - Tindakan nekad seorang lelaki memecut laju keretanya daripada pemeriksaan polis di Bandar Sunway di sini pada Rabu membongkar penemuan dadah berserta peralatan menghisap bahan terlarang itu.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku selepas suspek yang menaiki Proton Satria Neo itu diarah berhenti semasa pemeriksaan 'snap check' oleh anggota rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Bagaimanapun, pemandu itu terus memecut keretanya sebelum dikejar oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terbabit.

Setibanya di Kilometer (KM) 43.1 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Kesas yang sedang menguatkuasakan tanggungjawab cegah kemalangan telah melihat adegan mengejar itu sebelum tindakan pantas membantu menahan suspek.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kereta yang dipandu suspek secara melulu itu cuba meloloskan diri dengan melanggar beberapa kenderaan awam.

"Namun, pasukan EMPV yang diketuai Inspektor Penguat Kuasa Lebuh Raya Zon Tengah B1 EMPV Kesas, JSPT Bukit Aman, Inspektor Muhamad Alwi Mustapa dan dua anggota yang melihat kejadian telah membantu mengejar dan menahan suspek.

"Pemandu kereta itu akhirnya berjaya ditahan di KM44.2 Kesas.

"Pemeriksaan polis di dalam kereta suspek menemui tiga peket disyaki dadah jenis syabu bersama peralatan menghisap dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, suspek berusia lingkungan 30-an itu telah dibawa ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!