Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian di Jalan Sungai Besar-Sekinchan berhampiran Kampung Sungai Nibong di sini pada Jumaat.
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian di Jalan Sungai Besar-Sekinchan berhampiran Kampung Sungai Nibong di sini pada Jumaat.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Besar-Sekinchan berhampiran Kampung Sungai Nibong di sini pada Jumaat.

Penunggang motosikal jenis Yamaha LC berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang pemandu lori muatan tiga tan mengalami patah kaki.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi.

"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal, lori muatan tiga tan dan sebuah kontena.

"Dilaporkan pemandu lori tiga tan mengalami patah kaki dan penunggang motosikal meninggal dunia.

"Bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!