Isco, Hazard pacu kemenangan Real

Ancelotti (kiri) memuji aksi yang ditampilkan Hazard dan isco ketika membantu Real menewaskan Elche 2-1.
Ancelotti (kiri) memuji aksi yang ditampilkan Hazard dan isco ketika membantu Real menewaskan Elche 2-1.
A
A
A

CARLO Ancelotti memuji aksi yang ditampilkan Isco dan Eden Hazard apabila menjadi watak penting ketika membantu Real Madrid menewaskan Elche 2-1 untuk mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol.

Ancelotti mengakui Hazard dan Isco mungkin kecewa dengan minit permainan yang singkat, namun selepas apa yang ditampilkan pada perlawanan tersebut, tidak mustahil untuk kedua-dua pemain akan diturunkan kerap selepas ini.

"Hazard dan Isco telah membantu kami memenangi perlawanan ini. Ia memberi makna yang besar. Mungkin mereka layak beraksi lebih kerap selepas ini," ujarnya.

Pada perlawanan tersebut, Isco dimasukkan di penghujung perlawanan ketika Real buntu mencari jaringan penyamaan sebelum giliran Hazard dimasukkan pada masa tambahan.

Percaturan tersebut nyata berbaloi apabila Isco berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-108 sebelum jaringan pertama Hazard musim ini menyusul pada minit ke-115 untuk menoktahkan kemenangan Real.

Dalam pada itu, Ancelotti menyuarakan kurang senang dengan jadual perlawanan selepas skuadnya terpaksa ke Arab Saudi untuk beraksi dalam Piala Super Sepanyol.

"Apa yang harus saya katakan? Jadual perlawanan yang sangat tidak masuk akal.

"Ia tidak dapat dielakkan namun perlu diubah, saya harap jadual perlawanan lebih adil selepas ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!