PPV 'offsite' jumpa terus warga emas

PPV ‘Offsite’ di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak melaksanakan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak 'walk-in' kepada warga emas.
PPV ‘Offsite’ di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak melaksanakan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak 'walk-in' kepada warga emas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat pemberian vaksin (PPV) ‘Offsite’ di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak akan melaksanakan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus atau 'walk-in' kepada warga emas mulai Isnin ini.

Menurut ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), sijil vaksinasi digital yang lengkap di aplikasi MySejahtera diperlukan sebagai prasyarat untuk hadir secara jumpa terus itu.

Individu berumur 60 tahun ke atas boleh terus ke PPV itu bermula jam 2 petang setiap hari operasi pemberian vaksin di pusat terlibat.

"Mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas (selain warga emas) yang belum mendapat janji temu menerusi MySejahtera dan ingin mendapatkan dos penggalak boleh menghubungi dan berdaftar dengan PPV yang disenaraikan di www.protecthealth.com.my," menurut kenyataan ProtectHealth yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

PPV Offsite adalah PPV yang dioperasikan oleh pengamal perubatan swasta (PPS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan di luar fasiliti kesihatan swasta mereka.

Ketika ini terdapat lebih 2,000 PPV Onsite, 177 PPV Offsite dan 221 PPV Jangkau Luar (Outreach) kendalian PPS dan NGO kesihatan di bawah ProtectHealth dengan kapasiti pemberian vaksin lebih dari 300,000 dos sehari.

Menurut kenyataan itu, sehingga 19 Jan lepas, 10 juta dos penggalak telah diberikan dan 73.8 peratus atau 7.3 juta dos merupakan sumbangan PPS dan NGO kesihatan di bawah ProtectHealth. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!