#TangkapAzamBaki: Polis tutup enam jalan utama
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, penutupan tersebut bermula pada jam 7 pagi hingga satu masa yang akan diberitahu kelak.
"Jalan yang ditutup adalah Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi, dan Jalan Sultan Ismail.
"Stesen terlibat adalah LRT Ampang Line membabitkan Stesen Pudu, Hang Tuah, Masjid Jamek, Plaza Rakyat, Bandaraya, Sultan Ismail.
"LRT Kelana Jaya pula membabitkan stesen Kampung Baru, Dang Wangi Masjid Jamek dan Pasar Seni," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, tiga buah stesen MRT akan turut ditutup adalah dari laluan Sungai Buloh-Kajang membabitkan stesen Bukit Bintang, Merdeka dan Pasar Seni.
Menurutnya, pihak polis akan mengerahkan seramai 1,010 anggota untuk mengawal keadaan di sekitar ibu negara menjelang perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu.
"Berapa pun bilangan peserta kita akan bersedia, kalau ada yang berhimpun kita akan minta bersurai.
"Polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih degil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakan tegas," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!