Kejuaraan ARC berlangsung Mei depan

Amir Amri (dua, kiri) Majlis Menandatangani MoU antara KRM dan Kuckreja & Co di Wisma MOM, pada Jumaat.
Amir Amri (dua, kiri) Majlis Menandatangani MoU antara KRM dan Kuckreja & Co di Wisma MOM, pada Jumaat.
A
A
A

KEJUARAAN Ragbi Asia (ARC) 15 Sebelah, dijangka berlangsung pada bulan Mei 2022, setelah ditunda hampir lima kali pada tahun lepas, kata Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Amir Amri Mohamad.

Beliau berkata, sebelum ini, kejohanan itu yang sepatutnya berlangsung pada bulan Februari terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

“Sepatutnya memang bulan Februari tapi ditunda pada Mei, walaupun begitu belum ada lagi pengesahan yang betul kukuh, mungkin tarikh itu pun akan ditunda juga dan kalau ikutkan, kita akan bermain sebelum bulan Julai nanti sebab akan ada perlawanan dengan Tonga.

“Kita akan adakan latihan pada 6 Februari ini iaitu kem pertama dan seramai 35 pemain akan dipanggil,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KRM dan Kuckreja & Co pada Jumaat.

Setelah mengharungi saingan di peringkat Asia itu nanti, Skuad Bunga Raya 15 sebelah bakal mengharungi tiga pusingan kelayakan untuk mendapatkan tempat ke saingan Piala Dunia di Perancis, yang bakal berlangsung bermula pada 8 September hingga 21 Oktober 2023.

MoU itu adalah bagi mewujudkan kerjasama dua hala dalam meningkatkan kualiti serta prestasi sukan ragbi negara, bagi membolehkan kedua pihak bekerjasama dalam penyediaan peralatan sukan bermutu tinggi dalam melaksanakan program-program yang telah dirancang oleh KRM.

MoU itu turut menjadikan bola jenama Gilbert sebagai bola rasmi KRM untuk pasukan ragbi kebangsaan, kejohanan anjuran KRM dan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!