MBI Selangor sumbang laptop buat Ahmad, Muhammad

Ahmad Azri (kanan) menyampaikan laptop kepada Ahmad (dua dari kanan) dan Muhammad (dua kiri) di Kampung Tengah Puchong, Subang Jaya pada Jumaat.
Ahmad Azri (kanan) menyampaikan laptop kepada Ahmad (dua dari kanan) dan Muhammad (dua kiri) di Kampung Tengah Puchong, Subang Jaya pada Jumaat.
A
A
A

SUBANG - Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor menyumbang dua laptop kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli.

Laptop pasangan berusia 24 tahun itu rosak selepas rumah mereka di Kampung Tengah Puchong terlibat banjir pada 18 Disember tahun lalu.

Ketua tanggungjawab sosial korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, MBI turut menyerahkan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) secara percuma berserta data internet tanpa had selama 12 bulan kepada pasangan kembar itu.

“MBI berharap sumbangan ini digunakan sebaik mungkin sama ada meneruskan pengajian pada masa akan datang atau kerja rekaan untuk menampung kehidupan mereka,” katanya pada sesi penyerahan sumbangan pada Jumaat.

Ahmad Azri berkata, MBI memperuntukkan RM1.5 juta untuk bantuan banjir dan dana itu telah habis digunakan sepenuhnya.

Bagaimanapun beliau memaklumkan, MBI bersedia pertimbang permohonan baharu bagi membantu mangsa yang memerlukan.

Ahmad dan adiknya Muhammad adalah pasangan kembar siam yang dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada September 2002.

Muhammad memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer kini bekerja sebagai ketua projek teknologi maklumat di salah sebuah syarikat di Cyberjaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!