'Abang Viva' terima sijil penghargaan bomba

Azwan ketika menerima sijil penghargaan daripada Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya.
Azwan ketika menerima sijil penghargaan daripada Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sukarelawan, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai 'Abang Viva' menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2022 pada Sabtu.

Azwan, 30, mencuri tumpuan ramai dengan tindakannya yang sanggup membantu mangsa banjir di Shah Alam hanya berbekalkan RM50 dan sebuah bot di atas Perodua Viva yang dinaikinya dari Melaka.

JBPM dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, seramai 15 petugas media, 10 orang awam, lima Pasukan bomba sukarela dan enam agensi swasta menerima sijil yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri, Mohammad Hamdan Wahid di sini.

"Turut menerima sijil penghargaan adalah Datuk Mohamad Dean Law Abdullah yang turut sama memberi sumbangan dan khidmat kemanusiaan kepada mangsa banjir di beberapa tempat di Selangor, Pahang dan Johor.

"Penyampaian sijil ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada individu terbabit yang banyak membantu serta menyokong kelangsungan JBPM.

"Ada antara penerima sijil ini bagi kategori orang awam sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan orang lain," menurut kenyataan tersebut.

Azwan menjadi tumpuan selepas kegigihannya membantu mangsa banjir tular di media sosial.
Azwan menjadi tumpuan selepas kegigihannya membantu mangsa banjir tular di media sosial.

Katanya, sebanyak lima pasukan bomba sukarela (PBS) turut diberi sijil penghargaan atas sumbangan mereka dalam operasi menyelamat mangsa banjir di lokaliti masing-masing Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Skuad Kebajikan JBPM turut dilancarkan dalam majlis tersebut bertujuan untuk membantu pegawai dan anggota bomba yang ditimpa musibah.

Turut dilancarkan, Dasar Latihan Kebombaan dan Penyelamatan (DLKP) yang berkuat kuasa pada tahun ini bagi menggantikan Dasar Latihan Sumber Manusia 2007 sebagai tambah baik dan pindaan kepada Sembilan teras Dasar Latihan Sumber Manusia sedia ada.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!