Serangan Christchurch jawab tuduhan: Mufti Kelantan
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pengganas ada di mana-mana sahaja dan boleh mewakili mana-mana puak atau golongan.
Katanya, insiden itu telah menafikan tuduhan sebelum ini yang mengatakan teroris itu dari orang Islam.
"Apa yang pasti kejadian itu adalah satu peristiwa yang sangat menyayat hati kepada umat Islam.
"Saya percaya dunia mengutuk keras tindakan individu terbabit," katanya selepas Program Masjid Di Hati dan Perasmian Masjid Al Hassan, Kampung Surau di sini, hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!