[VIDEO] Sultan Ibrahim perkenan bubar DUN Johor
JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Perkara itu menyaksikan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh telah pada 22 Januari 2022.
Keputusan baginda Sultan itu dimeterai selepas berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene di sini, pada Sabtu.
Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!