Perdana Menteri hadir melawat Tun M di IJN
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Institut Jantung Negara, bagi melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.
Kenderaan tersebut dilihat masuk ke pekarangan IJN pada jam 5:35 petang.
Sebelum ini, Dr Mahathir disahkan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap bekas perdana menteri itu.
Sementara itu, pengamal media masih menanti di pekarangan IJN sejak jam 1 petang tadi.
Sebelum ini, IJN memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung keadaan Dr Mahathir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!