Surau hangus dalam kebakaran

Anggota bomba giat melakukan kerja-kerja pemadaman api yang marak.
Anggota bomba giat melakukan kerja-kerja pemadaman api yang marak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah surau di Kampung Pantai Dalam hangus terbakar dalam satu kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu melalui talian kecemasan 999 sekitar jam 5.51 pagi tadi dan pasukan penyelamat digegaskan ke lokasi bagi melakukan tugas-tugas pemadaman api.

Katanya, sejurus tiba, pihaknya mendapati kebakaran terbabit melibatkan sebuah surau berkeluasan 30x40 kaki persegi.

"Sewaktu tiba pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman api dan operasi terkawal pada jam 6.28 pagi manakala api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.18 pagi," katanya.

Selain itu, jurucakap terbabit turut memaklumkan bahawa tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku akibat daripada kebakaran tersebut.

Katanya, menerusi siasatan awal pihaknya mendapati 80 peratus daripada struktur surau terbabit hangus terbakar.

"Bomba menggunakan kekuatan anggota seramai 35 orang dalam operasi itu terdiri daripada tiga buah jentera, tiga buah van EMRS dan sebuah 'water tanker' dari BBP Pantai, BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Seputeh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Surau terbabit mengalami kebakaran 80 peratus dalam kejadian itu.
Surau terbabit mengalami kebakaran 80 peratus dalam kejadian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!