Barcelona terlepas khidmat Fati

Ansu Fati (kiri) ketika aksi menentang Athletic Club de Bilbao dalam saingan Piala Raja Sepanyol di San Mames, Bilbao. - Foto AFP
Ansu Fati (kiri) ketika aksi menentang Athletic Club de Bilbao dalam saingan Piala Raja Sepanyol di San Mames, Bilbao. - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN sayap Barcelona, Ansu Fati akan berehat panjang selepas mengalami kecederaan serius ketika perlawanan Piala Raja Sepanyol menentang Athletic Bilbao sebelum ini.

Perkara tersebut disahkan Barcelona sambil memberitahu masih belum ada kepastian sama ada pemain berusia 19 tahun masih dapat bermain lagi bagi baki aksi musim ini atau sebaliknya.

“Ujian yang dijalankan ke atas pemain pasukan utama, Ansu Fati, hari ini mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan tendon proksimal di hamstring kaki kirinya.

“Rawatan kini sedang dijalankan kepada Fati dan situasi pemain tersebut akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pemain kebangsaan Sepanyol tersebut sebelum ini hanya beraksi dalam 10 perlawanan semua kejuaraan musim ini, yang mana dia baru sahaja kembali bersama Barcelona selepas mengalami kecederaan hamstring.

Sebelum itu, Fati juga terpaksa berehat selama 10 bulan gara-gara kecederaan lutut serius sebelum kembali memperkuatkan pasukan pada September lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!