Tandukan Buendia tenggelamkan Everton di Goodison Park
ASTON Villa memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan 1-0 semasa bertandang ke Goodison Park menentang Everton selepas era Rafa Benitez.
Penyokong The Toffees mengharapkan kehadiran Duncan Ferguson yang memangku jawatan pengendali sementara posisi ditinggalkan Benitez untuk mengembalikan maruah musuh setempat Liverpool tersebut.
Namun tandukan pemain dari Argentina, Emiliano Buendia yang berusia 25 tahun pada masa kecederaan separuh masa pertama menolak terus tuan rumah hanya lima mata di atas zon penyingkiran.
Kemenangan itu membolehkan Aston Villa yang dipacu Steven Gerrard mengumpul 26 mata selepas mengharungi 21 perlawanan manakala Everton pula mengutip 19 mata selepas melalui 20 perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!