Sembilan individu terbabit penipuan dalam talian ditahan

Wan Hassan (tengah) menunjukkan barang rampasan selepas menahan sembilan individu yang terbabit sindiket penipuan dalam talian di Kedah dan Pulau Pinang pada Khamis.
Wan Hassan (tengah) menunjukkan barang rampasan selepas menahan sembilan individu yang terbabit sindiket penipuan dalam talian di Kedah dan Pulau Pinang pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang terbabit sindiket penipuan dalam talian di Kedah dan Pulau Pinang pada Khamis.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kesemua individu berusia antara 19 hingga 51 tahun itu ditahan dalam empat serbuan yang dilakukan secara serentak oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada jam 1.15 petang.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas dua komputer riba, 21 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kenderaan, 18 buku catatan, empat dokumen, tiga kad kredit pelbagai bank dan wang tunai sebanyak RM14,100.

"Siasatan awal mendapati semua suspek dari kumpulan 'Melayu Yong' serta 'India Yong' dan terbabit dalam kegiatan itu sejak setahun lalu dengan menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya ketika sidang akhbar di IPK Kedah dekat sini pada Ahad.

Wan Hassan menunjukkan dua gambar lelaki yang diburu kerana disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian.
Wan Hassan menunjukkan dua gambar lelaki yang diburu kerana disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian.

Wan Hassan berkata, polis sedang mengesan dua lagi suspek lelaki berusia 38 dan 41 tahun yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu.

"Reman terhadap semua suspek disambung sehingga 25 Januari dan dua kertas siasatan telah dibuka di Bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kadar kes jenayah komersial bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu adalah 1,881 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020 iaitu 1,125 yang menunjukkan penambahan sebanyak 756 kes.

Artikel Berkaitan:

Katanya, daripada jumlah 1,881 kes, sebanyak 90 peratus melibatkan kes penipuan pembelian dalam talian, Macau Scam, pinjaman wang tidak wujud, pelaburan tidak wujud dan Love Scam.

"Jumlah kerugian pada tahun 2021 pula mencatatkan peningkatan iaitu lebih RM28 juta berbanding RM17 juta pada 2020," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!