'Tiada kaitan dengan saya, terserah kepada UMNO Kelantan'

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan keputusan UMNO Kelantan tidak lagi bersama Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) ada kaitan dengan beliau.

Ia berikutan selepas beliau menghadiri Perjumpaan Khas Perdana Menteri bersama Ahli Biro Politik UMNO Negeri di Dewan UMNO Kelantan, di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan kepimpinan UMNO Negeri pada Sabtu

"Tiada kaitan dengan saya... saya pergi perjumpaan beramai-ramai dengan kepimpinan semua bahagian negeri itu.

"Cadangan tentang Kelantan itu telah disuarakan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan sudah memberi gambaran apa keputusan mereka.

"Cuma kita serahkan pada UMNO Kelantan untuk mereka yang perlu tentukan masa depan politik UMNO di negeri itu jadi serahkan kebijaksanaan membuat keputusan selagi ia tidak merugikan UMNO dan itu yang terbaik buat kekuatan mereka di Kelantan... terserah kepada mereka," katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar sempena perjumpaan bersama petugas-petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daerah Bera pada Ahad.

Ujarnya, setiap negeri memiliki pandangan dan situasi politik berbeza berdasarkan negeri masing-masing mengenai keperluan untuk bekerjasama dengan Pas serta sebagainya.

"Ada yang nak kerjasama, ada yang tidak mahu langsung dan ada yang nak berbincang lagi.

Artikel Berkaitan:

"Sepatutnya setiap negeri diberikan sedikit autonomi untuk membuat keputusan berdasarkan negeri masing-masing," tambahnya lagi.

Sebelum ini, pada Sabtu Ahmad Jazlan mengumumkan UMNO Kelantan tidak lagi bersama dengan PAS negeri melalui MN yang berkuat kuasa serta merta berikutan Pas Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan Bersatu dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!