Tahun Baharu Cina: Tindakan tegas individu langgar SOP PPN

Pelanggan mengunjungi kedai jualan barangan hiasan serta dekorasi menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 1 Februari ini ketika tinjauan di sekitar bandar Labuan hari ini.

Masyarakat Cina tetap bersemangat membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina meskipun meraikannya dalam suasana norma baharu berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku.
- Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan rondaan ketika sambutan Tahun Baharu Cina bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata, negara pada ketika ini masih berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

"Rondaan dan operasi pematuhan SOP akan dijalankan serta ditingkatkan di seluruh negara bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi.

"Sekali gus langkah ini diambil dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP ditetapkan.

"PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang gagal mematuhi SOP PPN.

"Tindakan akan diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!