Dua wakil Malaysia juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi

Wei Chong dan Kai Wun beraksi pada aksi final Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow pada Ahad. - Foto FB BAM
Wei Chong dan Kai Wun beraksi pada aksi final Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow pada Ahad. - Foto FB BAM
A
A
A

GANDINGAN beregu negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta sensasi apabila menjuarai Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India pada Ahad.

Tampil selaku pilihan kelapan, Anna-Mei Xing menceriakan kem badminton negara apabila mengungguli kategori beregu wanita selepas menewaskan gandingan India, Gayatri Pullela-Jolly Treesa 21-12, 21-13.

Anna dan Mei Xing muncul juara beregu wanita Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow. - Foto FB BAM
Anna dan Mei Xing muncul juara beregu wanita Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow. - Foto FB BAM

Wei Chong-Kai Wun muncul juara kategori beregu lelaki apabila melakar kemenangan 21-18, 21-15 ke atas gandingan tuan rumah, Krishna Garaga-Vishnuvardhan Panjala.

Selaku juara, kedua-dua beregu negara itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai AS$11,850 (RM49,610).

Ia kemenangan sulung buat kedua-dua gandingan negara itu tahun ini, sekali gus kejayaan tersebut sedikit sebanyak membayangi kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Lee Zii Jia ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!