45.7 peratus populasi dewasa terima dos penggalak setakat semalam

Seramai 45.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat Ahad malam.
Seramai 45.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat Ahad malam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10,701,460 individu atau 45.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat Ahad malam.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, seramai 22,915,836 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka, manakala 23,193,511 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,780,413 individu atau 88.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,161 individu atau 91.0 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejumlah 131,168 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 817 dos pertama, 973 dos lengkap dan 129,378 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 62,251,745 dos termasuk 10,701,460 dos penggalak.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sembilan kes kematian direkodkan pada Ahad.

Johor dan Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi masing-masing dengan tiga kes diikuti Perak, Sabah dan Selangor masing-masing satu kes. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!