Kekuatan unit khas mencukupi: Bomba

MOHAMMAD HAMDAN
MOHAMMAD HAMDAN
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ditugaskan di lokasi pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, mencukupi.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, setakat ini terdapat lapan pasukan HAZMAT dari tujuh negeri telah dihantar ke lokasi itu bagi menjalankan tugas membersihkan kawasan dicemari kimia berbahaya.

Bagaimanapun, katanya, ia akan ditambah mengikut keperluan dan situasi semasa yang berlaku di kawasan itu.

“Kita ada 18 pasukan HAZMAT dan sebanyak lapan pasukan dengan bilangan 10 anggota bagi setiap satu telah dikerahkan untuk menjalankan tugas pembersihan di lokasi tercemar.

“Dengan peralatan kepakaran dan latihan serta kolaborasi kita di peringkat antarabangsa, saya percaya keupayaan yang ada mencukupi untuk kita tangani apa yang berlaku di lokasi berkenaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan (PKJ) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 di sini, hari ini.

Katanya, kaedah yang digunakan daripada masa mengikut suasana dan situasi.

"Perlu ada kaedah yang lebih efisien sekiranya melibatkan banyak agensi,”

"Anggota HAZMAT yang melaksanakan tugas di kawasan 'red zone' dilengkapi peralatan perlindungan diri, namun, semalam terdapat laporan seorang anggota unit khas itu mengalami ciri-ciri tidak sihat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohammad berkata pada masa ini, hanya seorang anggota HAZMAT dilaporkan tidak sihat dan telah diberi rawatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!