Virus bawaan udara boleh jejaskan kesihatan

Penulen udara All Clean Virus Fit mudah dikendalikan untuk di mana-mana ruang kediaman.
Penulen udara All Clean Virus Fit mudah dikendalikan untuk di mana-mana ruang kediaman.
A
A
A

MENGHIRUP udara segar dan bersih bukan hanya untuk menyegarkan nafas. Sebenarnya, faedah udara bersih untuk kesihatan fizikal dan mental juga banyak.

Jadi, tidak ada salahnya jika kita mula bertindak melakukan beberapa perubahan untuk tingkatkan kualiti udara di sekeliling kita.

Udara di atmosfera pada dasarnya sering tercemar. Beberapa jenis gas seperti sulfur dioksida (SO2), hydrogen sulfida (H2S), karbon monoksida (CO) dan gas-gas lain sentiasa ada di udara. Ini adalah proses semula jadi yang biasa berlaku.

Namun, oleh kerana kandungan gas beracun di udara bersih tidak berlebihan maka udara yang kita hidup setiap masa ini masih dikira selamat.

Bagaimanapun, akan terdapat pencemaran udara yang disebabkan oleh aktiviti manusia, seperti bahan bakar atau kenderaan bermotor.

Jika pencemaran berlaku, udara tidak lagi dikatakan bersih kerana kadar racun di dalamnya telah melebihi ambang yang selamat untuk kesihatan.

Bagaimana pula dengan persekitaran udara dalam rumah dan mana-mana kawasan tertutup?

Artikel Berkaitan:

Realitinya, apabila kita lebih menumpukan langkah-langkah kebersihan di luar rumah, kualiti udara dalam rumah sering dianggap remeh dan terabai.

Kita terlupa penyebab pencemaran udara dalam rumah seperti bakteria, virus, kulat, habuk, debu halus, bulu haiwan peliharaan adalah punca kepada masalah kesihatan.

Ditambah pula dengan situasi Covid-19 ketika ini, perhatian terhadap persekitaran dalam rumah perlu menjadi keutamaan.

SK magic sedia solusi

All Clean Virus Fit dari SK magic menyingkirkan bakteria, virus, kulat, habuk, debu halus termasuk bulu haiwan peliharaan dan menjadikan udara dalam rumah bersih serta selamat.
All Clean Virus Fit dari SK magic menyingkirkan bakteria, virus, kulat, habuk, debu halus termasuk bulu haiwan peliharaan dan menjadikan udara dalam rumah bersih serta selamat.

Untuk menyedarkan rakyat Malaysia mengenai pentingnya udara dalaman rumah yang bersih dan segar, SK magic melancarkan penulen udara terbaru mereka All Clean Virus Fit.

SK magic adalah syarikat pengeluar berteknologi tinggi dari Korea yang amat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.

Mereka sentiasa komited untuk menyediakan peralatan rumah yang membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui produknya yang unggul dan berteknologi canggih.

Kualiti sememangnya menjadi keutamaan apabila membeli penulen udara. Ciri-ciri ini terdapat pada penulen udara All Clean Virus Fit. Ia dilengkapi dengan teknologi canggih dengan fungsi pensterilan UV Arc Core dan sistem penapisan lapan Langkah semua dalam satu yang dapat menghapuskan pelbagai virus bawaan udara termasuk Covid-19.

All Clean Virus Fit didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan alat perubatan oleh U.S. Food and Drug Administration (USFDA) yang dapat menghilangkan 99.99% semua jenis virus sekali gus menjamin udara paling bersih dan segar di kediaman kita.

All-Clean Virus Fit adalah penulen udara pertama dalam industri yang disahkan sebagai PA (Pure Air) sebagai Udara Steriliser oleh Persatuan UV Ozon Korea. Di pasaran, ia ditawarkan pada harga RM4,200 seunit atau RM99 dalam bentuk sewaan bulanan.

Diserlahkan dengan kemasan warna krim, penulen udara All Clean Virus Fit didatangkan dengan reka bentuk silinder yang boleh ditempatkan di mana-mana sudut kediaman bersesuaian dengan dekor rumah.

Kualiti pembersihan udara yang canggih menjadikan penulen udara All Clean Virus Fit mampu mengesan habuk lebih efektif, jauh dan lebih pantas.

Kelebihan penulen udara All Clean Virus Fit dari SK magic:

- Dilengkapi Copper Fiber Ultrafi ne Dust Filter yang telah diuji dan terbukti dapat menghilangkan 99.99% pelbagai virus bawaan udara seperti Covid-19 termasuk Delta varian, virus Human Coronavirus, EV71 dan H1N1.
- Bakteria berbahaya dan bahan berbahaya disingkirkan melalui Penapis Pra-Antibakteria & Penjagaan All-in-One sementara bakteria udara dan virus disterilkan melalui Sistem Sterilisasi UV Arc Core.
- Fungsi pensterilan UV Arc Core menjadikan oksigen aktif yang dilepaskan ke udara menangkap bakteria dan virus udara yang berbahaya, menghidupkannya semula menjadi bahan yang tidak berbahaya seperti karbon dioksida dan air.
- Membersihkan dan menyaring udara yang tercemar dari semua arah termasuk menyedutpermukaan lantai dan berfungsi hingga keluasan 66.0m2 (710sf).
- Sistem dalaman (bolong dan kipas) yang boleh ditanggalkan dan dicuci bagi mengekalkan produk sentiasa dalam keadaan bersih sepenuhnya.
- Diperbuat daripada 50% bahan plastik kitar semula yang mesra alam dan dikenali sebagai Post Consumer Recycled-ABS (PCR-ABS), ini bersamaan dengan 1.4kg pengurangan sisa plastik dan 14% pengurangan gas rumah hijau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!