Kes bunuh ibu: Penganggur dihadapkan ke mahkamah

Tertuduh diiringi polis dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor di sini pada Isnin.
Tertuduh diiringi polis dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya dalam kejadian 15 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Mohamed Azam Abdul Rasib, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Roslizi Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Azam didakwa melakukan pembunuhan itu pada jam 8.10 pagi hingga 6.08 petang di rumah bernombor 3E 489, Pasir Penambang di sini pada 15 Januari lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Kenneth Oon memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan kimia, forensik dan bedah siasat yang dijangka diperoleh dalam tempoh dua bulan.

Sementara itu, peguam tertuduh, Naim Mahmud meminta mahkamah membenarkan tertuduh untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital kerajaan.

Roslizi kemudian membenarkan tempoh penyediaan laporan pihak pendakwaan manakala pembelaan diminta membuat permohonan di mahkamah tinggi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 28 Mac depan.

Sinar Harian pada 16 Januari lalu melaporkan, seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!