Liverpool bukan pencabar liga: Klopp

Chamberlain menjaringkan gol kedua Liverpool ketika menang ke atas Crystal Palace 3-1.
Chamberlain menjaringkan gol kedua Liverpool ketika menang ke atas Crystal Palace 3-1.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Juergen Klopp menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan pasukannya berpeluang untuk mencabar kejuaraan liga selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace pada Ahad

Dengan Manchester City yang keciciran mata selepas seri 1-1 menentang Southampton, Liverpool kini berjaya merapatkan jurang dengan perbezaan sembilan mata berbanding 11 sebelum ini.

"Jarak mata antara kami dan Manchester City terlalu jauh. Jadi saya rasa kita tidak boleh bercakap mengenai perkara ini (Kejuaraan Liga).

"Apa yang kami mahu buat ketika ini adalah untuk memenangi semua baki perlawanan. Setiap perlawanan Liga Perdana adalah sukar seperti yang kita lihat hari ini," katanya.

Pada perlawanan tersebut, The Reds kembali menyinar di sebalik kehilangan Mohamed Salah dan Sadio Mane yang beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika apabila mendahului 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Virgil van Dijk dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Tetapi mereka memerlukan ketangkasan penjaga gol Alisson Becker dan penalti lewat Fabinho bagi memastikan kemenangan yang mengurangkan jurang sembilan mata dengan pendahulu Manchester City.

Dalam pada itu, Klopp nyata lega dengan keputusan yang diraih pasukannya sekaligus menyaksikan Liverpool masih dalam persaingan memburu gelaran Liga Perdana.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!