Bestari lancar produk baharu
SHAH ALAM - Syarikat pengeluar rangkaian jenama terkenal Tepung Goreng Ayam Bestari, Bestari Sales and Marketing Sdn Bhd (Bestari) telah melancarkan rangkaian produk serbuk kari segera baharunya, Pra-Campuran Serbuk Kari Segera Bestari.
Pengarah Pemasarannya, Gabriel Lai berkata, produk itu terdapat dalam dua jenis iaitu Pra-Campuran Serbuk Kari Ayam/Daging dan Pra-Campuran Serbuk Kari Makanan Laut.
“Kedua-duanya dipek dalam pembungkusan 75 gram dan dijual dengan harga yang berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Lai berkata, produk keluaran Bestari seiring dengan keperluan pengguna teutamanya bagi wanita yang berkerjaya, sibuk dan kesuntukan masa tetapi masih mahu menyajikan sajian istimewa buat keluarga.
“Produk Pra-Campuran Serbuk Kari Bestari dijamin tahap kebersihan pemprosesannya dan berkualiti tinggi serta disahkan dan diiktiraf halal oleh Jabaran Kemajuan Islam Malaysia dan tempoh jangka hayat produk ialah selama 18 bulan.
“Pengguna kini dapat menikmati sajian kari dengan cara memasak yang lebih ideal, moden, mudah dan sedap. Pek ini sangat sesuai untuk dibawa melancong di dalam mahupun luar negara,” katanya.
Beliau berkata, produk Pra-Campuran Serbuk Kari Bestari sangat mudah disediakan dengan hanya menambah tiga bahan sahaja iaitu bawang merah bawang putih dan santan.
Lai berkata, Bestari juga telah menjalinkan kerjasama dengan selebriti terkenal, Shiela Rusly sebagai satu gandingan yang mantap untuk berkongsi kreativiti serta resipi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!