Seorang parah, dua motosikal bertembung

Video tular kemalangan membabitkan dua motosikal di Lebuh AMJ Paya Rumput pada Ahad.
Video tular kemalangan membabitkan dua motosikal di Lebuh AMJ Paya Rumput pada Ahad.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki parah selepas motosikal jenis Modedas Kriss yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal lain di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Paya Rumput, di sini, pada petang Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian lebih kurang jam 6.45 petang yang membabitkan dua motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang lelaki berusia 40 tahun dan Suzuki Panther dipercayai ditunggang seorang remaja lelaki.

"Hasil siasatan awal mendapati remaja berkenaan datang dari arah Paya Rumput menghala ke arah Melaka, manakala Modenass Kriss dipercayai melawan arus dari kiri jalan.

"Dalam masa sama laluan (lampu isyarat) remaja berkenaan masih hijau dan menyebabkan pertembungan di tengah-tengah persimpangan tersebut," katanya.

Keadaan dua buah motosikal yang terbabit dalam kemalangan tersebut pada Ahad.
Keadaan dua buah motosikal yang terbabit dalam kemalangan tersebut pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan lanjut.

"Berdasarkan laporan awal mangsa yang dirawat di zon merah HM itu mengalami pendarahan otak selain patah kaki dan rusuk kanan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Video kemalangan berdurasi dua minit itu tular di media sosial Facebook dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa kerana kecuaian orang lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!