'Perkongsian tiada kaitan kemelut melanda arena badminton negara'

Azizulhasni Awang - Foto AFP
Azizulhasni Awang - Foto AFP
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menafikan perkongsian di platform media sosialnya sebelum ini mempunyai kaitan dengan kemelut yang melanda arena badminton negara.

Sebaliknya jelas pelumba berusia 33 tahun itu, perkongsian tersebut adalah mengenai pengalaman dan perkembangan semasa mengenai dirinya yang selalu dikongsikan dengan pengikutnya di media sosial.

“Dah kenapa ni? Penulisan perkongsian tempoh hari adalah tentang pengalaman dan cerita diri saya seperti mana saya selalu kongsikan kepada 'follower-follower' saya sebelum ini dan tiada kaitan dengan orang lain pun.

“Mereka yang mengikuti penulisan saya akan tahu saya sentiasa menyampaikan cerita-cerita bermotivasi, semangat kenegaraan (patriotism), humor dan juga suka-duka perjalanan karier saya.

“Dah terang lagi bersuluh 'hashtag' saya tinggalkan di bawah coretan itu #sembangpengalaman dan saya pun tidak ada menyebut nama mana-mana pihak. Kenapa ada yang pandai-pandai spin kata saya tuju dekat individu lain sedangkan tak ada menelefon saya untuk merujuk hal berkenaan?.

“Saya sendiri sebelum ini pernah mewakili pasukan profesional untuk sesetengah perlumbaan sebagai contoh Bike Technologies Australia (2007-2009), Sime Darby Pro-Track Team (2009-2016), CIMB Pro-Cycling Team (2017-2018) dan Team Azizul (2019-terkini),” ujarnya dalam status yang dimuat naik pada Isnin.

Pada masa sama pelumba kelahiran Dungun itu berkata, “Kalau ditanya saya, sudah tentu untuk pergi jauh dalam karier sukan adalah bagus untuk seseorang atlet tersebut bergerak secara profesional tetapi pada masa sama tidak melupakan tanggungjawab kepada pasukan kebangsaan.

“Hukuman dari BAM (Persatuan Badminton Malaysia) pula bagi saya tidak relevan dan kedua-dua pihak seharusnya duduk semeja berbincang seperti ayah dan anak untuk mencari titik tengah dalam isu ini.

Artikel Berkaitan:

“Kepada mereka di luar sana, saya harap anda tidak mengambil perkongsian saya itu di luar konteks. Penting untuk kita mendisiplinkan emosi supaya tidak terjerumus ke arah 'cognitive bias'. Terima kasih,” tulisnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!