Ketua Polis Johor sembah taklimat persediaan, keselamatan menjelang PRN
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat pada Isnin berhubung persediaan dan keselamatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menerusi muat naik di laman Facebook rasmi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu berlangsung di Istana Flinstones, Mersing.
"Kamarul Zaman turut mempersembahkan taklimat mengenai keselamatan serta persediaan pasukan Polis Johor dalam menghadapi PRN.
'Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin," menurut kenyataan itu.
Pada Sabtu, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor bagi memberi laluan kepada PRN Johor diadakan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!