Ismail Sabri hadir ke IJN melawat Agong

Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih dinaiki Ismail Sabri dilihat masuk ke pekarangan IJN pada jam 5:13 petang pada Isnin.
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih dinaiki Ismail Sabri dilihat masuk ke pekarangan IJN pada jam 5:13 petang pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat tiba di Institut Jantung Negara pada petang Isnin.

Difahamkan kedatangan beliau ke IJN bagi melawat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu dilihat memasuki pekarangan IJN pada jam 5:13 petang.

Pada Ahad, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin memaklumkan Seri Paduka Baginda telah berkenan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja IJN.

Beliau berkata, pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang telah dijalankan oleh Seri Paduka Baginda pada September 2020.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!