PM selesai melawat Agong selepas 45 minit
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai melawat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira 45 minit.
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu dilihat keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 6.03 petang.
Sebelum ini, Ismail tiba di IJN pada jam 5.13 petang.
Pada Ahad, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin memaklumkan Seri Paduka Baginda telah berkenan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja IJN.
Beliau berkata, pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang telah dijalankan oleh Seri Paduka Baginda pada September 2020.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!