BAM nafi dakwaan kontrak tiga jurulatih tidak diperbaharui

BAM menyangkal laporan akhbar yang mendakwa kontrak tiga jurulatih kebangsaan tidak akan diperbaharui, sebaliknya menegaskan badan induk itu masih dalam proses menilai jurulatih dan pemain mereka.
BAM menyangkal laporan akhbar yang mendakwa kontrak tiga jurulatih kebangsaan tidak akan diperbaharui, sebaliknya menegaskan badan induk itu masih dalam proses menilai jurulatih dan pemain mereka.
A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menyangkal laporan akhbar yang mendakwa kontrak tiga jurulatih kebangsaan tidak akan diperbaharui, sebaliknya menegaskan badan induk itu masih dalam proses menilai jurulatih dan pemain mereka.

“Penilaian menyeluruh kakitangan kejurulatihan dan pemain masih berjalan, selaras dengan struktur kejurulatihan yang diperkemas dan dirombak,” menurut BAM.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa kontrak jurulatih perseorangan lelaki Tey Seu Bock, ketua jurulatih perseorangan wanita Indra Wijaya dan ketua jurulatih beregu campuran Paulus Firman tidak akan diperbaharui.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh bulan lalu mengumumkan semakan prestasi akhir tahun yang sepatutnya siap lebih awal, ditangguhkan sehingga bulan ini selepas pengarah kejurulatihan beregu Rexy Mainaky, yang baru melapor diri untuk bertugas pada 1 Dis, meminta masa untuk menilai pemain dan jurulatih.

Kenny juga berkata setiap individu daripada pengurusan kepada jurulatih dan juga pemain perlu dipertanggungjawabkan malah beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa ketua akan diketepikan selepas penilaian itu.

BAM baru-baru ini mendapat perhatian ramai berikutan pertikaian dengan pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.

BAM pada Jumaat membuat keputusan tegas untuk tidak mendaftarkan Zii Jia bagi kejohanan antarabangsa untuk tempoh dua tahun bermula 18 Januari selepas juara Seluruh England itu memutuskan untuk meninggalkan badan induk tersebut dan meneruskan karier sebagai pemain profesional.

Setakat ini, Zii Jia belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu (peraturan BWF menyatakan semua penyertaan untuk kejohanan antarabangsa mesti melalui persatuan kebangsaan).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!