Sidang DUN Kelantan: Tok Pa ambil pendekatan tunggu dan lihat

Mustapa (kanan) menyerahkan minyak hitam kepada salah seorang peserta Program Menukar Minyak Pelincir Motosikal di R&R Gemang, di sini, hari ini.
Mustapa (kanan) menyerahkan minyak hitam kepada salah seorang peserta Program Menukar Minyak Pelincir Motosikal di R&R Gemang, di sini, hari ini.
A
A
A

JELI - Pendekatan tunggu dan lihat akan diambil ADUN Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sesi pertama sidang DUN Kelantan yang dijadual bermula Isnin ini.

Menurutnya, beliau kini satu- satunya wakil rakyat pembangkang dalam dewan berkenaan selepas Pas dan UMNO menjalin kerjasama baru-baru ini.

"Pendekatan itu adalah yang terbaik, suasana dewan pasti ada perubahan. Saya akan ambil pendekatan tunggu dan lihat.

"Sebagai satu-satunya wakil rakyat PH, saya tidak boleh tergopoh-gapah untuk memainkan peranan sebagai pembangkang," katanya.

Mustapa ditemui media selepas Program Menukar Minyak Pelincir Motosikal peringkat Parlimen Jeli di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gemang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PH Jeli, Dr Aminuddin Yaacob.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, langkah seterusnya akan diambil pada sidang berikutnya Jun atau Julai nanti.

"Ini kerana kerjasama di antara kedua- dua parti berkenaan masih tidak jelas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mesyuarat pertama Sidang DUN Kelantan dijadual bermula Isnin ini dan dijangka berlangsung selama tiga hari sehingga Rabu.

Mustapa berkata, beliau memerlukan sokongan daripada rakan-rakan PH dari luar dewan untuk membawa isu- isu melibatkan kepentingan rakyat.

"Saya perlu lebih proaktif untuk membawa isu-isu rakyat memandangkan UMNO bukan lagi pembangkang, senario pasti berubah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!