'Semangat Zii Jia untuk badminton negara masih teguh'

Ahmad Faizal ketika mengadakan pertemuan dengan Zii Jia pada Isnin. - Foto FB Faizal Azumu
Ahmad Faizal ketika mengadakan pertemuan dengan Zii Jia pada Isnin. - Foto FB Faizal Azumu
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan semangat dan komitmen pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh.

"Saya berpeluang untuk bertemu dengan Lee Zii Jia pada hari ini dan mendengar sendiri pandangan beliau, apa yang pasti semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh.

“Selagi kita semua berada di halaman yang sama dalam isu kepentingan negara, Malaysia mampu bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara yang teguh,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial miliknya selepas mengadakan pertemuan dengan pemain badminton nombor tujuh dunia itu pada Isnin.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Jumaat mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan juara Seluruh England itu untuk sebarang kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu, susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!