Terbuka Australia: Medvedev terpaksa bekerja keras
JUARA Terbuka Amerika Syarikat, Daniil Medvedev menggunakan segala pengalaman berstatus pemain nombor dua dunia untuk bangkit meraih kemenangan 6-2, 7-6(4), 6-7(4), 7-5 ke atas Maxime Cressy di Margaret Court Arena sekali gus menempah slot suku akhir Terbuka Australia.
Pemain dari Rusia itu terpaksa bekerja keras selama 3 jam 30 minit sebelum dapat menjinakkan pemain bukan pilihan berusia 24 tahun dari Amerika Syarikat yang juga pakar servis voli untuk menempah slot menentang pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.
"Sejujurnya ini merupakan perlawanan yang panjang dan tidak mudah baik dari segi kutipan mata dan set pertama, malah semua set sememangnya sukar.
"Sekiranya saya tidak memenangi set keempat, mental saya akan berada dalam keadaan yang sukar," kata finalis edisi 2021 tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!