Mesin piling tergelincir: Polis buka kertas siasatan
PETALING JAYA - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian mesin piling tergelincir di KM22.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Kinrara semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya telah memanggil pemandu treler terlibat untuk tindakan selanjutnya susulan daripada kejadian tersebut.
Beliau berkata, kerja-kerja mengalihkan mesin piling terlibat mengambil masa hampir dua jam dengan menggunakan dua buah kren berkapasiti 200 dan 300 tan.
"Kerja pengalihan siap sepenuhnya dengan kerjasama semua pihak terutama pengurusan LDP pada jam 9.45 malam semalam dan lalu lintas turut di buka seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian itu, pengguna lalu lintas di laluan berkenaan berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang kira-kira 10 kilometer susulan daripada insiden terbabit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!