Teleskop gergasi tiba di lokasi lebih 1 juta km dari bumi
Webb akan memulakan misi sainsnya menjelang musim panas ini termasuk menggunakan instrumen inframerah resolusi tingginya dan membawa misi untuk membongkar misteri alam semesta.
Ia yang dijangka menelan belanja NASA hampir AS$10 bilion (RM41.88 bilion) dan teleskop tersebut dinamakan sempena nama bekas pengarah NASA.
Teleskop itu dibina dengan kerjasama NASA dan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Angkasa Lepas Kanada.
Webb pengganti Teleskop Hubble dilancarkan ke angkasa lepas dengan menggunakan roket Ariane 5 dari Guiana Perancis pada 25 Disember tahun lalu sebelum tiba di lokasinya di angkasa lepas.
Ia berpisah dengan roket tersebut lebih 20 minit selepas dilancarkan dari Guiana Perancis sebelum bergerak ke lokasinya sekarang.
Teknologi inframerah teleskop itu akan membolehkannya melihat bintang dan galaksi pertama yang terbentuk kira-kira lebih 13 bilion tahun lalu dan akan mengelilingi matahari.
Cerminnya berukuran 6.5 meter diameter iaitu tiga kali ganda saiz cermin Hubble manakala beratnya ialah enam tan, tinggi teleskop itu adalah 10.5 meter serta lebar 4.5 meter. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!