Terbuka Australia: Keys kejutkan Krejcikova di Melbourne Park
BINTANG tenis Amerika Syarikat (AS), Madison Keys meneruskan momentum positif di Terbuka Australia apabila melangkah ke peringkat separuh akhir selepas mengatasi juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova di Melbourne Park.
Pada aksi cuaca panas di Rod Laver Arena itu, Keys mengesahkan slot ke pusingan berikutnya setelah mengejutkan pilihan ketiga kejohanan dari Republik Czech tersebut 6-3, 6-2 sekali gus separuh akhir Grand Slam pertama sejak 2018.
"Sejujurnya ini kemenangan yang sangat bermakna setelah mengharungi fasa yang sukar tahun lalu.
"Saya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bersama pasukan bagi mengibarkan cabaran baharu tahun ini.
"Tahun ini kami bermula dengan kosong dan melupakan segala yang yang pada tahun lalu.
Dan saya tidak sangka mara sejauh ini.
Saya bangga dengan diri sendiri," kata Madison pemain berstatus ranking ke-51 dunia tersebut.
Kemenangan itu menyaksikan Keys bakal menentang pemenang perlawanan antara pemain nombor satu dunia, Ash Barty dari Australia menentang seorang lagi pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula dalam perebutan slot ke perlawanan akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!