RM338.5j naik taraf Jambatan Marang

Fadilah (kiri) dan Ahmad Samsuri melihat lokasi tapak projek naik taraf Jambatan Marang di Marang ketika merasmikan majlis pecah tanah projek naik taraf Jambatan Marang di sini pada Selasa.
Fadilah (kiri) dan Ahmad Samsuri melihat lokasi tapak projek naik taraf Jambatan Marang di Marang ketika merasmikan majlis pecah tanah projek naik taraf Jambatan Marang di sini pada Selasa.
A
A
A

MARANG - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM338.5 juta bagi menaiktaraf Jambatan Marang sebagai inisiatif menampung peningkatan kenderaan sekali gus mengelak kesesakan trafik terutama pada waktu puncak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek pembangunan bagi menggantikan jambatan berusia 62 tahun itu telah dimulakan sejak 9 Disember 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2025.

"Pembinaan jambatan baharu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan sehingga 20 minit pada waktu puncak berbanding sebelumnya.

"Perkembangan positif ini adalah berita yang dinanti-nantikan oleh penduduk Terengganu terutama mereka yang sentiasa menggunakan kemudahan ini saban hari," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah projek menaik taraf Jambatan Marang di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalm perkembangan sama, Fadilah berkata, kerja-kerja menaik taraf jambatan itu melibatkan laluan sedia ada sepanjang 1.5 kilometer (km), pembinaan empat lorong jambatan selain pembinaan jejambat dan penambahbaikan sistem perparitan.

"Pembangunan jambatan ini mengambil kira isu keselamatan pengguna kerana struktur jambatan sedia ada yang sudah lama tidak lagi mampu menampung peningkatan beban trafik.

"Bancian lalu lintas pada 2020 mendapati sebanyak 31,387 kenderaan melalui Jambatan Marang dalam tempoh sehari dan ia merupakan satu jumlah yang agak besar," katanya

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kerja Raya memperuntukkan kira-kira RM971 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan di Terengganu tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM12.5 juta diperuntukkan bagi projek fasa pra pembinaan manakala RM959 juta lagi di peringkat pembinaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!