Penyertaan Muda cabaran tambahan buat UMNO: Ahmad Maslan

Ahmad mempengerusikan mesyuarat melibatkan setiausaha UMNO dari 26 bahagian seluruh Johor di Bangunan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal, Johor Bahru pada Selasa.
Ahmad mempengerusikan mesyuarat melibatkan setiausaha UMNO dari 26 bahagian seluruh Johor di Bangunan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keputusan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai cabaran tambahan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak menganggap Muda sebagai satu ancaman sebaliknya melihatnya sebagai satu kedinamikan politik dalam proses demokrasi tanah air.

"Ini demokrasi dan semua parti mahu bertanding, kita berfikiran terbuka dan tidak ada halangan kerana kita mengamalkan politik yang matang. UMNO ada strategi sendiri dalam usaha menarik pengundi muda semasa PRN Johor.

"Antaranya menerusi sayap parti pemuda dan puteri yang sudah dilakukan sejak tahun sebelum ini lagi.

"Terdapat 750,000 pengundi muda dan baharu pada PRN Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat melibatkan semua setiausaha UMNO dari 26 bahagian seluruh Johor di Bangunan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal di sini pada Selasa.

Pengerusi Muda Johor, Mohd Azrol Ab Rahani semasa sidang akhbar pada Selasa memaklumkan, Muda akan bertanding dalam PRN Johor dan rundingan dengan parti pembangkan lain yang akan bertanding sedang berjalan.

Mohd Azrol berkata, parti tersebut berterima kasih dengan 'ruang' yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH), namun dalam masa sama Muda berharap memperoleh jumlah kerusi yang wajar selain menggunakan logo sendiri.

Artikel Berkaitan:

Ahmad berkata, UMNO juga akan menggunakan media sosial untuk mendekati golongan muda seperti yang dilakukan semasa PRN Melaka susulan kekangan tidak dapat berkempen seperti biasa pada masa itu.

Selain itu katanya, UMNO juga akan menampilkan calon muda yang akan bergandingan dengan calon berpengalaman dan wanita bagi menarik sokongan

golongan berkenaan.

Jelasnya, cabaran untuk menarik pengundi muda bukan sahaja dihadapi UMNO tetapi semua parti termasuk pembangkang.

"Bagi menarik golongan muda juga, kita harapkan golongan ibu bapa yang merupakan ahli UMNO akan mempengaruhi anak-anak mereka untuk mengundi UMNO," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!