Pengamal media di IJN
Para pengamal media menunggu bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari lalu, selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.
Pada 8 Januari lalu, Dr Mahathir menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!