IMF minta El Salvador henti guna bitcoin

Tabung Kewangan Antarabangsa menyatakan kebimbangan tentang penggunaan bitcoin di El Salvador. - Foto AFP
Tabung Kewangan Antarabangsa menyatakan kebimbangan tentang penggunaan bitcoin di El Salvador. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa meminta El Salvador untuk mengubah haluan dan berhenti menggunakan bitcoin sebagai mata wang yang sah.

Ini kerana terdapat risiko besar yang akan ditimbulkan oleh mata wang kripto.

El Salvador pada September tahun lepas menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan wang digital sekali gus membolehkan para penggunanya menggunakan ia dalam semua transaksi perniagaan bersama dengan dolar Amerika Syarikat (AS).

Permintaan IMF itu dibuat ketika nilai mata wang kripto jatuh turun naik di Wall Street sejak akhir-akhir ini.

Kakitangan IMF sebelum ini telah meminta Presiden El Salvador, Nayib Bukele untuk mempertimbangkan semula keputusannya untuk menggunakan bitcoin sebagai mata wang yang sah dalam semua urusan perniagaan di negara tersebut.

Pada Selasa lalu, nilai bitcoin ialah kira-kira AS$37,000 (RM155,048) iaitu berkurangan kira-kira separuh nilainya berbanding AS$67,734 (RM283,839) pada November tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!