Pengecualian bil air tiga bulan kepada mangsa banjir

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang mengecualikan bayaran bil air selama tiga bulan bagi penduduk kawasan yang terjejas banjir di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengecualian bayaran bermula dari Januari hingga Mac ini.

Menurutnya, keputusan yang dibuat kerajaan negeri itu melibatkan lebih 40,000 rumah kediaman dengan anggaran peruntukan RM1.5 juta.

"Pengecualian bayaran bil air yang dipersetujui melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) itu diharapkan dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir terutamanya bagi membantu mereka membersihkan kediaman masing-masing yang terjejas akibat bencana itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Wan Rosdy Berkata, kerajaan negeri amat memahami keadaan sukar dilalui mangsa banjir terutamanya dalam fasa pemulihan dari bencana itu.

"Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir termasuklah Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!