Polis sudah lengkapkan kertas siasatan kes ADUN Sedili

Kamarul Zaman - Foto Bernama
Kamarul Zaman - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kertas siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain terhadap seorang Ahli Jawatankuasa Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah pun dilengkapkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kertas siasatan tersebut sudah diserahkan kepada Pejabat Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lalu.

"Kertas siasatan sudah kita majukan kepada bahagian perundangan dan mereka akan meneliti serta buat kajian hasil siasatan yang kita jalankan. Kita masih menunggu keputusan.

"Polis sudah melakukan siasatan terhadap 11 individu termasuk ADUN tersebut dan mangsa sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini pada Rabu.

Laporan polis terhadap Rasman dibuat mangsa, 26, pada 17 Januari lalu sebelum tular dalam media sosial yang mendakwa diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit semasa terlibat dalam aktiviti bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Sungai Ara, Mersing dan Bukit Kepong, Muar baru-baru ini.

Pada 18 Januari, Rasman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu konspirasi politik untuk mencemarkan reputasinya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!