Pump track pertama guna tar secara keseluruhan

Mohd Khuzzan (tengah) bersama peminat sukan basikal lasak di Litar Pump Track Batu Pahat.
Mohd Khuzzan (tengah) bersama peminat sukan basikal lasak di Litar Pump Track Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Peminat sukan basikal lasak dan ekstrem di daerah ini, kini mempunyai lokasi riadah sesuai apabila pembinaan litar 'pump track' di Dataran Batu Pahat di sini, siap sepenuhnya dan mula dibuka pada awal Februari lalu.

Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, pembinaan litar ini mencipta sejarah tersendiri apabila merupakan satu-satunya litar pump track di Malaysia yang dibina dalam lapisan permukaan tar (bitumen) secara keseluruhannya.

"Tujuan utama kerajaan negeri bina litar bernilai RM234,860 dan sepanjang 245 meter ini sebagai tempat latihan awalan bagi pengenalan Sukan Supercross BMX dan sesuai untuk aktiviti riadah seperti kayuhan santai, latihan serta kejohanan basikal Mountain Bike (MTB).

"Litar ini dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu 'Main Loops, Medium Loops, Small Loops dan Rhytham Section' selain litar ink dalam konsep beralun terdiri daripada ‘roller, table top, step up, berm dan double' berfungsi sebagai halangan agar mendapat momentum baik kepada tunggangan basikal," katanya.

ADUN Semerah itu berkata demikian selepas merasmikan Litar Pump Track Batu Pahat di Dataran Batu Pahat di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Ahmad Nazri Rebu dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Kamalludin Jamal.

Katanya setakat ini di Johor, terdapat tiga lokasi pump track iaitu di Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru, Kluang dan yang terbaru di Batu Pahat, manakala di seluruh negara pula terdapat enam lokasi pump track.

"Dijangkakan beberapa kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan dilaksanakan di litar ini dan pada April ini, litar ini akan menganjurkan satu kejohanan di peringkat kebangsaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!